Tanaman herba penghias laman

Abdul Aziz menunjukkan pokok tetulang yang dikatakan mampu merawat buasir dan sakit sendi menghiasi landskap di rumahnya di Kampung Muka Bukit hari ini.
Abdul Aziz menunjukkan pokok tetulang yang dikatakan mampu merawat buasir dan sakit sendi menghiasi landskap di rumahnya di Kampung Muka Bukit hari ini.
A
A
A

MACHANG - Tanaman herba dilihat bukan sahaja boleh dijadikan sebagai perubatan tradisional semata-mata tetapi juga mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau luar rumah.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai ulam atau digunakan dalam masakan sekali gus memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Lebih menarik apabila ia menjadi rujukan golongan muda yang semakin 'jauh' dengan ubat-ubatan herba dan banyak bergantung kepada perubatan moden.

Berkongsi minat yang sama, pasangan suami isteri, Abdul Aziz Deraman, 70, dan Zariah Mohamad, 68, menanam lebih 50 pokok herba di sekeliling rumah mereka sejak 30 tahun lalu.

Bermula dengan suka-suka, pasangan tersebut mengumpulkan pelbagai jenis herba yang ditemui mereka dan dijadikan landskap rumah mereka di Kampung Muka Bukit, Banggol Judah di sini.

Abdul Aziz berkata, dia mula menanam tanaman tersebut apabila menyedari ia semakin dilupakan oleh masyarakat dan ramai anak-anak muda tidak mengenali tumbuhan itu.

"Walaupun tak tahu khasiat kesemua pokok herba ini tapi saya gembira dapat menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung yang memerlukannya.

"Selain tanaman herba, saya juga menanam pelbagai jenis pokok bunga dan menternak ikan serta ayam bagi mengisi masa lapang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, landskap yang menghijau di sekeliling rumah memberi ketenangan kepada keluarganya serta banyak menghabiskan waktu luang bagi menguruskan tanaman dan ternakan.

“Selain pokok hiasan, banyak jenis pokok herba boleh ditanam kerana penjagaannya tidak sukar.

“Lebih menarik, pokok herba ada banyak kebaikan kerana boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat, jadi ia mempunyai kebaikan berganda berbanding menanam pokok hiasan,” katanya.