Figuero puji pemain JDT kerana kekal konsisten

JDT - Foto BERNAMA
JDT - Foto BERNAMA
A
A
A

KONSITENSI yang ditunjukkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam setiap perlawanan mereka, merupakan faktor utama skuad Harimau Selatan itu mengekalkan keputusan positif, di sepanjang Liga Super, musim ini.

Ketua Jurulatih JDT Luciano Figueroa memuji pemainnya yang menghasilkan keputusan terbaik, dalam 11 perlawanan liga di tempat lawan, daripada 20 perlawanan yang telah diharungi.

Daripada 11 perlawanan itu, JDT menang tujuh dan membawa pulang satu mata dari setiap perlawanan di Kuantan, Alor Star, Manjung dan Kuala Terengganu.

“Saya amat gembira dengan prestasi pemain, yang mempamerkan permainan cemerlang malam ini, dengan mengalahkan Kuala Lumpur 4-0. Tiada sebarang rahsia atas kejayaan pasukan kami, kerana kami berusaha untuk mengekalkan gaya permainan dalam setiap perlawanan yang kami mainkan,” katanya kepada media selepas perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini malam tadi.