X

Kindly register in order to view this article
!

Laporan tuntutan tunggakan GST dibentang esok: PAC

Dr Noraini Ahmad
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen sebulat suara bersetuju membentangkan laporan berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion esok, sehari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Pengerusinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia adalah bagi mengelak lebih banyak andaian berhubung laporan berkenaan.

"Selepas dibentang di Dewan Rakyat, orang ramai boleh mendapatkan laporan ini dengan memuat turunnya daripada laman web PAC Parlimen di alamat www.parlimen.gov.my/pac pada hari yang sama ia dibentangkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAC dalam satu kenyataan pada Rabu lepas, menyatakan laporan itu akan dibentang di Dewan Rakyat pada Selasa (16 Julai) selepas laporan berkenaan dimuktamadkan sebulat suara oleh 13 ahli PAC dalam mesyuarat Verifikasi Laporan PAC.

PAC mengambil masa selama 11 bulan bermula 15 Ogos 2018 untuk menyiapkan laporan tersebut dengan bermesyuarat sebanyak 10 kali.

Pada Ogos tahun lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 bilion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei 2018, namun baki sedia ada dalam tabung bayaran balik hanya sekitar RM1.49 bilion.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!