Manhattan bergelap bekalan elektrik terputus

Penduduk New York bekerjasama berdepan kegelapan itu, ada yang menolong mengawal lalu lintas.
Penduduk New York bekerjasama berdepan kegelapan itu, ada yang menolong mengawal lalu lintas.
A
A
A

NEW YORK - Bekalan elektrik terputus di Manhattan semalam menjejaskan persembahan di teater Broadway, operasi kereta api bawah tanah termasuk di sekitar Times Square kata syarikat utiliti, Con Edison.

Situasi itu menjejaskan hampir 42,000 pengguna.

Datuk Bandar, Bill de Blasio berkata di Twitter gangguan bekalan itu disebabkan oleh kebakaran di lubang kabel bawah tanah tetapi kemudian memberitahu CNN puncanya masih disiasat.

Di media sosial, pengguna berkongsi gambar keadaan stesen kereta api bawah tanah dalam kegelapan.

Manakala, bomba dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada penduduk yang terperangkap dalam lif.

Kejadian itu menjejaskan sebahagian besar Manhattan, termasuklah kejiranan Hell’s Kitchen dan kawasan teater Broadway.

Ia berlaku pada ulang tahun ketiadaan elektrik pada 1977 yang berlaku ketika New York dilanda krisis ekonomi. - AFP

Artikel Berkaitan: