Pencemaran Sungai Kayu Ara perlu maklumat orang ramai

Jamaliah (tiga dari kanan) ketika turun padang meninjau keadaan di sungai terbabit. Gambar kecil, banyak ikan dalam Sungai Kayu Ara didapati mati selepas dipercayai tercemar. - Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
Jamaliah (tiga dari kanan) ketika turun padang meninjau keadaan di sungai terbabit. Gambar kecil, banyak ikan dalam Sungai Kayu Ara didapati mati selepas dipercayai tercemar. - Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
A
A
A

DAMANSARA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin menggesa orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat berhubung punca pencemaran di Sungai Kayu Ara sehingga menyebabkan kematian beratus ekor ikan.

Menurut beliau, buat masa ini, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengetahui punca pencemaran tersebut sehingga menyebabkan ekosistem di sungai berkenaan tercemar.

Katanya, menerusi siasatan awal, pihaknya telah mengenal pasti kawasan zon sungai yang terlibat dengan pencemaran tersebut dalam lawatan yang dilakukan bersama beberapa agensi sebelum ini.

"Pejabat saya telah menerima aduan mengenai pencemaran sungai ini dan dengan tindakan segera, kami memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan turut melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

"Selain itu saya juga minta supaya pegawai Pusat Khidmat DUN Bandar Utama untuk turun dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencemaran ini boleh berhubung dengan wakil pejabat kami di talian 012-6427174- John," katanya menerusi Facebooknya semalam.

Sebagai langkah tindakan awal, Jamaliah berkata pihak JPS akan mengambil tindakan untuk membersihkan bangkai ikan yang terkumpul di dalam sungai terbabit.

Tambah beliau, pihaknya juga mengharapkan agar JAS dan pihak berkaitan dapat menjalankan siasatan dengan secepat mungkin bagi membolehkan tindakan yang efektif diambil dengan kadar segera untuk menangani permasalahan ini.

"Saya dan pihak pejabat DUN amat prihatin terhadap isu ini. Kami juga akan pastikan pihak berkaitan menjalankan siasatan dengan kadar segera," katanya.

Artikel Berkaitan: