Buktikan dulu PH perjuangkan Melayu: Tok Mat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) perlu membuktikan mereka tidak gentar memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum mahu meraih undi kaum itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan di 30 kerusi Parlimen kawasan Melayu bukan jawapan untuk mendapat sokongan itu.

"PH mesti terlebih dahulu membuktikan ia tidak gentar memperjuangkan kepentingan strategik bangsa Melayu dengan sekutu mereka DAP sebelum boleh meyakinkan orang Melayu mengundi mereka.

"Jalan terbaik untuk orang Melayu ialah mendukung kerjasama UMNO-Pas demi ummah dan watan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu bahawa PH perlu menambah 30 kerusi Parlimen di kawasan Melayu pada pilihan raya akan datang.

Mohamad berkata, penambahan kerusi Melayu itu perlu supaya tidak dituduh kerajaan majoriti satu kaum sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: PH perlu tambah 30 kerusi Parlimen majoriti Melayu

Artikel Berkaitan: