Rumah panjang terbakar, 20 mangsa hilang tempat tinggal

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Seramai 20 penghuni rumah panjang komuniti kaum Kenyah di Long Palai hilang tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, maklumat awal yang diterima daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai pada 5.20 pagi menyatakan rumah panjang itu mempunyai enam bilik.

“Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bomba akan ke lokasi kejadian menggunakan helikopter hari ini.

Poh Kiong berkata, jarak perjalanan ke lokasi kebakaran mengambil masa lebih lapan jam menggunakan jalan darat iaitu melalui jalan balak.

Katanya kejadian kebakaran melibatkan rumah panjang pernah berlaku di Long Palai pada tahun 2017. - Bernama

Artikel Berkaitan: