Sila log masuk terlebih dahulu.

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

A
A
A
Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berkemungkinan berdepan beberapa cabaran untuk mencari pendaki rakyat Malaysia, Muhammad Hawari Hashim yang hilang di Gunung Everest pada Sabtu, lapor Wartawan Sinar Harian, Nazrin Zulkafli.

Cabaran utamanya adalah faktor cuaca yang sentiasa berubah selain kawasan berkabus dan juga keadaan persekitaran gunung yang mencabar.

Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 57, berkata, keadaan cuaca tidak menentu seperti hujan salji disebabkan suhu sehingga -30 Celsius dan angin kencang menyebabkan mangsa yang terjatuh atau tergelincir sukar untuk dijumpai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259540/berita/nasional/cuaca-tak-menentu-cabaran-cari-mangsa-hilang-gunung-everest

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa