200 atlet bina badan rebut gelaran Mr Perak

Howard Lee (tengah) bersama Presiden Persatuan Bina Badan Perak, Freedy Yam (kiri) dan Penasihat Sukan Perak Sport Academy, Fazwill Wahid pada sidang media hari ini.
Howard Lee (tengah) bersama Presiden Persatuan Bina Badan Perak, Freedy Yam (kiri) dan Penasihat Sukan Perak Sport Academy, Fazwill Wahid pada sidang media hari ini.
A
A
A

IPOH - Lebih 200 atlet bina badan dari seluruh negara bakal berentap bagi merebut gelaran Mr Perak sempena kejohanan bina badan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Kejohanan sempena Perak Super Bodybuilding & Physique Championship 2019 itu melibatkan 17 kategori dan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM5,000.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, ini merupakan kali pertama kerajaan negeri terlibat secara langsung sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 60-an lalu.

“Bagi merealisasikan usaha menjadikan Perak sebagai bandar sukan, kita haruslah mewujudkan ekosistem sukan yang mampu menawarkan kepelbagaian.

“Selain acara sukan tradisional seperti badminton, bola keranjang dan renang, aktiviti lasak seperti obstacle course race, crosfit dan aktiviti bina badan seumpama ini semakin menerima sambutan baik kalangan orang ramai,” katanya pada sidang media hari ini.

Pendaftaran dan sesi penggambaran Mr Perak dijadualkan berlangsung esok di Sunway Lost World of Tambun dan pertandingan akhir pula pada Ahad ini bertempat di Hotel Syeun, Ipoh.

Beliau yakin, penganjuran Mr Perak secara besar-besaran dapat dijadikan platform kepada peserta bertukar-tukar fikiran dan meningkatkan tahap sukan negeri.

“Kita jangkakan lebih 1,000 penyokong hadir menyaksikan kejohanan ini sudah pasti dengan kunjungan ini dapat merancakkan lagi ekonomi pelancongan negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan: