Masih ada tidak faham tugas bomba

Phahrolrazi (dua, kanan) menyampaikan sumbangan daripada YINK kepada bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abd Hamid.
Phahrolrazi (dua, kanan) menyampaikan sumbangan daripada YINK kepada bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abd Hamid.
A
A
A

ALOR SETAR - Masih ada pihak tidak faham tugasan kakitangan kerajaan untuk rakyat seperti Allahyarham Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa dalam kejadian rusuhan kuil di Subang Jaya, bulan lalu.

Pegerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pasukan bomba adalah jentera kerajaan yang membantu rakyat dan bukannya jentera kerajaan yang menentang rakyat.

"Kita bersama rakyat di negara ini kesal kerana semua agensi kerajaan tidak boleh dijadikan sasaran kerana mereka menjalankan tugas mereka terutamanya jabatan bomba.

"Bomba banyak berkhidmat untuk rakyat bukan sahaja dalam memadamkan kebakaran malah juga dalam tugas menyelamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.

Phahrolrazi berkata, pihaknya turut kesal kerana isu kuil boleh diselesaikan di meja rundingan dan tidak perlu berlakunya rusuhan sehingga melibatkan orang ramai.

"Isu ini seharusnya tidak melibatkan orang awam dan sebenarnya perlu hanya melibatkan pemaju yang memiliki tanah dengan pihak kuil dan kerajaan Selangor sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan: