Saifuddin anggap tindakan BN lantik Najib tepat

Saifuddin (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Euro5 Diesel Autospa dan Tealive di di Stesen BHP, dekat sini petang tadi.
Saifuddin (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Euro5 Diesel Autospa dan Tealive di di Stesen BHP, dekat sini petang tadi.
A
A
A

JITRA - Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Penasihat Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan tepat.

Menurutnya, barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) melihat perkara tersebut sebagai perkara biasa namun tidak menafikan arena politik tanah air akan bertambah meriah.

"Tahniah kepada Datuk Seri Najib atas lantikan itu. Tahniah juga kepada BN kerana melihat beliau masih lagi sebagai aset penting kepada mereka.

"Kami di PH melihat itu sebagai perkara biasa kerana semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan jadi Pengerusi BN pun kami sudah berdepan dengannya. Kami akan terus bersaing dalam suasana politik yang sihat ini," katanya ketika diminta mengulas kehadiran semula bekas perdana menteri tersebut ke dalam BN.

Saifuddin berkata, Najib mengambil masa lebih setahun untuk memposisikan dirinya selepas BN tewas pada PRU14 semasa di bawah kepimpinannya.

Jelasnya, pemimpin tersebut melepaskan semua jawatan dalam parti akibat kekalahan itu namun percaya Najib sudah mengenali dan mengetahui peranan sebenarnya selepas ini.

Bagaimanapun pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN dilihat menjadi polemik pertikaian beberapa pihak dalam parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Najib langkah ke belakang

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan, pelantikan Najib sebagai ‘langkah ke belakang’ manakala Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga secara terbuka menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan BN melantik Najib.