Perodua Viva jatuh dalam gaung

Anggota bomba melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Jerantut-Kuala Tahan dekat Paya Teratai hari ini.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Jerantut-Kuala Tahan dekat Paya Teratai hari ini.
A
A
A

JERANTUT- Seorang pemandu wanita berusia 27 tahun dan kanak-kanak lelaki, 2, cedera ringan selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Jalan Jerantut-Kuala Tahan berhampiran Paya Teratai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kereta terbabit terjatuh ke dalam gaung sedalam 9 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Zullkifli Mohamad Zainal berkata, pihaknya bersama jentera, lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.54 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan melibatkan kenderaan terbabit dari arah Jerantut terbabas dan terjatuh ke dalam gaung tersebut.

"Mangsa iaitu seorang wanita (pemandu) dan anak lelakinya cedera ringan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Piol oleh orang awam sebelum bomba tiba.

"Namun kita melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi mangsa dan keadaan benar-benar selamat sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan: