Juwairiya nafi hubungan dengan MB Selangor

Juwairia
Juwairia
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMASKINI] ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari bersedia mengambil tindakan undang-undang kepada pihak terlibat.

Juwairiya dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya memantau kes itu untuk tindakan selanjutnya.

"Saya telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan fitnah yang mencemerkan kredibiliti saya sebagai ADUN dan pentadbiran kerajaan negeri ini," katanya.

Juwairiya menegaskan, beliau mengetahui fitnah itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab melalui satu akaun Facebook yang dimuat naik sejak, 9 Julai lalu.

"Apa yang pasti ia adalah fitnah dan menegaskan bahawa saya tidak berada di lokasi pada tarikh tersebut," katanya.

Semalam, Amirudin menafikan tuduhan mengaitkan beliau bersama dengan seorang ADUN wanita negeri ini berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di Sandakan, 11 Mei lalu.

Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya sedang menyemak tuduhan itu kepada pihak peguam.

"Jika serius... saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sewajarnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Skandal dengan ADUN wanita, MB Selangor rujuk peguam

Artikel Berkaitan: