Pusat IELTS dibuka di Forest City

Majlis menandatangani kerjasama antara kedua pihak yang berlangsung baru-baru ini.
Majlis menandatangani kerjasama antara kedua pihak yang berlangsung baru-baru ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat Rasmi ujian IELTS (International English Language Testing System) kini dibuka di Forest City.

Pemaju Forest City, Country Garden Pacificview (CGPV) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Program Pembangunan Antarabangsa (IDP) Pendidikan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Industri CGPV, Lenka Zhang, pendidikan adalah salah satu daripada lapan teras yang mencipta kelangsungan ekonomi dalam pembangunan di Forest City.

"Menyedari kepentingan pendidikan kepada generasi muda, kami mengambil langkah untuk mewujudkan pusat IELTS di Forest City menerusi rakan kerjasama, IDP Pendidikan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Pusat ujian IELTS terletak di Forest City Phoenix International Marina Hotel, Gelang Patah.

Ujian IELTS itu peluang terbaik untuk menilai tahap kebolehan Bahasa Inggeris pelajar dan golongan profesional bagi menyambung pengajian atau bekerja di luar negara.

Artikel Berkaitan: