X

Kindly register in order to view this article
!

Ular sawa dalam tandas

Anggota APM Mersing menunjukkan ular sawa yang dijumpai dalam tandas gelanggang futsal Taman Sri Mersing pagi tadi.
A
A

MERSING - Seorang pengusaha kedai makan di Taman Sri Mersing di sini terkejut melihat seekor ular sawa dalam tandas gelanggang futsal taman berkenaan pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing, Nur Najibah Abdullah berkata, penemuan itu disedari lelaki berkenaan ketika ke tandas yang terletak berhadapan dengan kedai makannya.

"Pihak kami menerima laporan kes itu pada jam 9.18 pagi dan seramai empat anggota dengan sebuah kenderaan bergegas ke lokasi.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian kami dapati ular sawa berukuran 2 meter panjang dengan berat 3 kilogram (kg) telah berjaya ditangkap oleh orang awam.

"Anggota kita turut mengambil masa selama 3 minit untuk memasukkan ular tersebut ke dalam sangkar sebelum dibawa ke Pejabat APM Mersing untuk diserahkan kepada pihak perhilitan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, beliau turut menasihati orang awam agar tidak bertindak sendiri apabila menjumpai haiwan tersebut sebaliknya segera menghubungi pihak APM.

Jelasnya, tindakan menangkap sendiri haiwan itu dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kerana orang awam tidak mempunyai kelengkapan keselamatan yang sepatutnya.

"Kita minta segera hubungi pihak berkenaan yang mempunyai kemahiran dan ada kelengkapan yang mencukupi jika menjumpai haiwan tersebut bagi mengelakkan bahaya susulan tindakan sendiri yang diambil," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!