'Seruan gabung bentuk naratif, model politik baharu'

Muhammad Hilman
Muhammad Hilman
A
A
A

SHAH ALAM - Seruan Perdana Menteri supaya semua parti politik Melayu bergabung adalah untuk mengajak supaya satu naratif dan model politik baharu lebih mampan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham berkata, melalui penyatuan parti-parti politik Melayu, Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara kosmopolitan yang meraikan kepelbagaian dan berpijak di atas realiti demografi masyarakat di negara ini.

"Ini sekali gus akan menjamin kestabilan politik yang mampan sebagai prasyarat untuk memacu pertumbuhan ekonomi demi melonjakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tak perlu parti baharu, cukup 4 parti Melayu sedia ada: Mahathir

'Lebih baik Tun M, Bersatu sertai Pas-UMNO'

Melayu berpecah macam mana nak menang?

"Maka, seruan tersebut tidak akan meminggirkan mana-mana kaum di Malaysia bahkan merupakan bagian daripada falsafah ‘shared prosperity’.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, kita yakin dan percaya bahawa seruan Dr Mahathir akan menjana satu model politik baharu yang mampan dan stabil serta menjana pengukuhan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan khususnya di kawasan luar bandar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mempelawa semua parti politik Melayu tempatan termasuk UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menguatkan kuasa politik kaum Melayu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Mahathir berkata empat parti Melayu yang ada pada ketika ini sudah mencukupi dan menegaskan kenyataan beliau berkaitan pelawaan itu bukan bersifat rasis.