Ribut: Peniaga pasar malam terjejas

Keadaan di pasar malam Pekan Selising selepas kejadian ribut tadi.
Keadaan di pasar malam Pekan Selising selepas kejadian ribut tadi.
A
A
A

PASIR PUTEH - Ribut yang melanda Pekan Selising dan kawasan sekitarnya pada jam 5 petang tadi menjejaskan hampir semua peniaga pasar malam.

Penduduk, Marzuki Mohamad, 48, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia baru sampai di pasar malam untuk membeli makanan.

Katanya, angin kencang menyebab kanopi dan payung peniaga berterbangan.

Ribut turut menyebabkan pokok tumbang di Kampung Tok Dir.
Ribut turut menyebabkan pokok tumbang di Kampung Tok Dir.

"Saya tidak berani keluar dari kereta kerana angin sangat kencang," katanya ketika menghubungi Sinar Harian.

Katanya, sebahagian peniaga tidak dapat meneruskan perniagaan kerana barangan jualan basah.

Menurutnya, ribut itu turut menyebabkan pokok besar di Kampung Tok Dir berhampiran Pekan Selising tumbang.

Artikel Berkaitan: