Dividen Koguru diagih sebelum Aidiladha

Antara waris anggota Koguru yang telah meninggal dunia menerima sumbangan menerusi Tabung Cakna Koguru (Cakna 2) berjumlah RM493,000 yang disampaikan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan 2019, Sabtu lalu.
Antara waris anggota Koguru yang telah meninggal dunia menerima sumbangan menerusi Tabung Cakna Koguru (Cakna 2) berjumlah RM493,000 yang disampaikan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan 2019, Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bayaran dividen Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) melibatkan peruntukan melebihi RM3 juta dijangka akan diagih sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengerusi Koguru, Alias Yahya berkata, keuntungan diperoleh Koguru bagi tahun kewangan 2018 semakin meningkat berbanding tahun kewangan 2017 dengan keuntungan sebanyak RM4.7 juta.

“Bayaran dividen bagi tahun ini akan meningkat sebanyak 15.5 peratus berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya, iaitu 10 peratus atas modal syer manakala 5.5 peratus atas modal yuran,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sabtu lalu, Alias menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan 2019 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu, Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak.

Pada majlis itu Koguru turut menyampaikan sumbangan menerusi Tabung Cakna Koguru (Cakna 2) berjumlah RM493,000 kepada 29 waris anggota yang telah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Koguru umum keuntungan 6 Julai

Artikel Berkaitan: