UMNO Selangor umum tiga pelantikan baharu

Abd Rahman
Abd Rahman
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Selangor mengumumkan tiga pelantikan baharu bagi memperkukuh dan melancarkan gerak kerja parti itu di negeri ini bagi penggal 2018 hingga 2021.

Pengerusinya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin M Zin dilantik sebagai Setiausaha UMNO Selangor.

Menurutnya, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim masing-masing dilantik Ketua Penerangan dan Bendahari UMNO Selangor.

"Saya optimis dengan penyusunan semula struktur UMNO Selangor dapat melancarkan segala perancangan dan gerak kerja parti.

“Terima kasih kepada bekas penyandang sebelum ini yang telah menyumbang tenaga, idea dan jasa kepada parti keramat ini,” katanya.

Sementara itu, Abd Rahman berkata, beliau berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mat Nadzari atas kepercayaan serta keyakinan terhadap beliau bagi menggalas amanah tersebut.

"Saya percaya, penstrukturan baru ini akan memberi impak positif dan keyakinan tinggi ahli akar umbi di Selangor untuk menghadapi PRU15.

"Saya yakin di bawah tanggungjawab Mat Nadzari menjadikan UMNO lebih tersusun dan terancang dalam setiap pergerakan selepas ini.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ukhuwah persaudaraan kita di dalam UMNO semakin erat dan bersatu padu," katanya.