Melaka dilanda banjir lagi

Sebelas Pusat Pemindahan Sementara bagi menempatkan mangsa banjir mula dibuka di Melaka ekoran hujan lebat sejak jam 6 pagi tadi sehingga menjejaskan 13 buah kampung dan dua taman perumahan di negeri ini.

A
A
A

MELAKA - Sebelas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir mula dibuka di Melaka ekoran hujan lebat sejak jam 6 pagi tadi sehingga menjejaskan 13 buah kampung dan dua taman perumahan di negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, kesemua 11 PPS itu masing-masing membabitkan 10 di Daerah Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah yang menempatkan seramai 745 mangsa daripada 150 buah keluarga.

Menurutnya, kesemua mereka termasuk 81 pelajar dan kakitangan Pusat Tahfiz Wal Qiraat Ainnussyukriah di Jalan Keretapi Kampung Panchor, Durian Tunggal yang dipindahkan ke Balairaya Panchor, Alor Gajah.

Beberapa pelajar Pusat Tahfiz Wal Qiraat Ainnussyukriah di Jalan Keretapi Kampung Panchor, Durian Tunggal mengharungi air apabila banjir mula melanda premis mereka sejak jam 6 pagi tadi.
Beberapa pelajar Pusat Tahfiz Wal Qiraat Ainnussyukriah di Jalan Keretapi Kampung Panchor, Durian Tunggal mengharungi air apabila banjir mula melanda premis mereka sejak jam 6 pagi tadi.

"Sehingga jam 3 petang ini, 10 PPS di Alor Gajah ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan, Masjid Ar-Rasyidin dan lapan balairaya di Bukit Tambun, Panchor, Taman Seri Bayu 1, Kampung Pegoh, Kampung Beringin, Sungai Tuang, Gadek dan Bukit Balai.

"Manakala di Melaka Tengah, PPS terletak d SK Krubong yang menempatkan seramai 68 orang mangsa membabitkan 17 buah keluarga," katanya di sini hari ini.

Effendy berkata, setakat jam petang tadi, keadaan semasa paras air berkurangan berbanding tiga jam sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan trend hujan yang masih renyai di beberapa tempat, angka mangsa terjejas juga dijangka meningkat sehingga esok terutamanya di kawasan Melaka Tengah.

"Kami akan terus memantau keadaan banjir di daerah berkenaan termasuk satu daerah lain iaitu Jasin berikutan paras air di sungai-sungai di situ berada pada paras bahaya," katanya.

Antara rumah yang terjejas.
Antara rumah yang terjejas.

Sementara itu, beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, kesemua mangsa banjir akan ditempatkan di PPS yang disediakan sehingga keadaan kembali pulih.

"Keperluan asas termasuk makan minum akan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Seramai 178 anggota dari pelbagai agensi termasuk APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Rela, JKM dan Jabatan Kesihatan terlibat dalam operasi menyelamat di samping membantu mangsa di semua PPS terlibat.

Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir di Balai Raya Kampung Panchor, Alor Gajah.
Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir di Balai Raya Kampung Panchor, Alor Gajah.