Felda Selancar 3 juara AKKF

Dr Mahathir merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 bertemakan ‘Peneroka Mandiri, Felda Lestari’ di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.
Dr Mahathir merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 bertemakan ‘Peneroka Mandiri, Felda Lestari’ di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Felda Selancar 3 muncul pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) yang julung kali diadakan di bawah pemerintahan kerajaan PH sempena Sambutan Hari Peneroka 2019 di Felda Selancar 3 di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan tanah rancangan berkenaan membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM1 juta yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan kira-kira 10,000 warga peneroka seluruh negara.

Sambutan itu turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Bermula 2008, juara AKKF dianugerahkan kepada tanah rancangan terbaik yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek pembangunan kualiti komuniti serta ladang.

AKKF memberi impak positif antaranya mencetus dan menggalakkan aktiviti dalam kalangan seluruh masyarakat Felda untuk membawa perubahan ke arah menceriakan kawasan kampung.

Anugerah itu juga memberi dorongan kepada warga Felda untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan kampung serta menjadikan tanah rancangan sebagai komuniti contoh luar bandar.

Ia turut membentuk komuniti ceria selain menukar wajar perkampungan Felda menjadi komuniti taman dan dilengkapi infrastruktur yang baik serta terurus.

Artikel Berkaitan: