'Dulu takut Cina tak ambil barang kita'

Salahuddin (dua dari kanan) melawat tapak pameran sempena Majlis Rumah Terbuka Pengerusi LPP yang dianjurkan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Sungai Sayong di Dewan Felda Sayong hari ini.
Salahuddin (dua dari kanan) melawat tapak pameran sempena Majlis Rumah Terbuka Pengerusi LPP yang dianjurkan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Sungai Sayong di Dewan Felda Sayong hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan adanya pasaran bagi para petani dan peladang yang mengusahakan tanaman serta ternakan dalam negara ini.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, jika dahulu masyarakat takut untuk mengusahakan tanaman atau ternakan kerana bimbang pemborong tidak ambil hasil mereka namun kini mereka tidak perlu bimbang lagi.

"Dulu kita takut nak bela itik, ayam, udang kerana takut sebab Cina tak ambil barang kita. Sekarang tanam sahaja limau nipis, serai, dan lain-lain lagi, kementerian memberi jaminan ada pasaran. Malah kita akan teroka lagi untuk dieksport," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Pengerusi Lembaga Pertubuhan Padang (LPP) yang dianjurkan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Sungai Sayong di Dewan Felda Sayong hari ini.

Salahuddin berkata, beliau yakin Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), LPP, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) benar-benar akan memainkan peranan menjadi payung kepada para petani dalam negara ini.

Katanya, melalui badan berkenaan, peladang atau petani perlu tunjuk bahawa mereka boleh bersaing, mempunyai integriti serta mampu mengurus.

"Saya cukup optimis ada cahaya di hujung terowong untuk melihat petani dan peladang menjadikan bidang pertanian sebagai profesion sebagai nilai tambah dalam hidup.

"Saya berjanji saya tidak akan mengamalkan politik melampau dalam kementerian.

Artikel Berkaitan:

"Namun kita tidak mahu sama sahaja dengan yang lepas sebaliknya tunjukan kita lebih beramanah, yang penting petani-petani kita dapat tingkatkan pendapatan, memakmurkan ekonomi seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara," katanya.