33 PATI Bangladesh masuk Malaysia guna jalan laut

Antara PATI warga Bangladesh yang ditahan menerusi Ops Nyah 1 di Sungai Sepang Kecil Sepang di sini tengah malam tadi.
Antara PATI warga Bangladesh yang ditahan menerusi Ops Nyah 1 di Sungai Sepang Kecil Sepang di sini tengah malam tadi.
A
A
A

SEPANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh menerusi Ops Nyah 1, di kawasan paya bakau Sungai Sepang Kecil di sini tengah malam tadi.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 4 PGA Semenyih itu dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Menurutnya, operasi itu berjaya mengesan sekumpulan lelaki sedang berkumpul dalam keadaan mencurigakan di tepi kawasan paya bakau berhampiran kebun buah naga.

"Pemeriksaan mendapati seramai 33 lelaki warga Bangladesh berusia 19 hingga 46 tahun disyaki masuk ke Malaysia melalui jalan tidak diwartakan.

"Kesemua warga Bangladesh itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan mendapati PATI ini menggunakan jalan laut untuk menyeludup masuk dan kegiatan ini dipercayai didalangi tekong laut serta darat warga Indonesia.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dalang yang terlibat dalam kegiatan kemasukan PATI memandangkan 'trend' kemasukan meningkat selepas musim perayaan.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan: