Taska tidak berdaftar, dua pengusaha didenda RM7,000

Khai Hong (kanan) dan Norrahayu (kiri) masing-masin didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pusat jagaan dan taska yang tidak berdaftar dengan JKM.
Khai Hong (kanan) dan Norrahayu (kiri) masing-masin didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti pusat jagaan dan taska yang tidak berdaftar dengan JKM.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua pemilik pusat jagaan kanak-kanak dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) masing-masing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti tidak didaftarkan Disember tahun lalu.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Anthony Tan Khai Hong, 38, dan Norrahayu Zainal Abidin, 35, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Khai Hong didakwa menjalankan pengurusan Pusat Jagaan Kanak-kanak AJ yang yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) pada jam 10.30 pagi di Jalan Taming Sari, Taman Mata Kucing, 6 Disember tahun lalu.

Manakala Norrahayu didakwa menjalankan aktiviti pengurusan Taska Bijak Anakku yang tidak berdaftar di bawah akta sama kira-kira jam 10 pagi di Jalan Seri Aman 1, Taman Muzaffar Shah pada 13 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh masing-masing didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993 dan Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Penolong Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan JKM, Mohd Firzami Idris bersama Pegawai Pendakwa Noor Hayati Zaman dan Noraswana Selamat meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah memerintah masing-masing membayar denda sebanyak RM3,500 setiap seorang atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Artikel Berkaitan: