Maut dihempap lori yang dipandu

Lori yang dipandu mangsa terbabas di lokasi kejadian.
Lori yang dipandu mangsa terbabas di lokasi kejadian.
A
A
A

KULIM – Seorang pemandu lori kontena berusia 27 tahun ditemui mati tersepit pada kenderaannya akibat terbabas di Jalan Sungai Tengas, Bukit Sejuk, Serdang, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.53 petang apabila mangsa memandu lori muatan sebuah syarikat yang dipercayai terbabas dan terbalik di bahu kiri jalan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

"Ketua operasi membuat 'size up' bagi memastikan keadaan terkawal dan menghubungi syarikat kren untuk mengangkat lori yang terbalik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit

"Kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa telah dilakukan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang,"katanya.

Tambah beliau, mangsa yang maut di tempat kejadian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: