Bukan Islam terima silibus Pasti

Muhammad Khalil ketika hadir pada Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Al-Khauthar II di sini, hari ini.
Muhammad Khalil ketika hadir pada Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Al-Khauthar II di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sukatan pelajaran Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) bukan hanya diterima baik masyarakat negara ini malah turut mendapat sambutan golongan bukan Islam.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, setakat ini lebih 130,000 murid Pasti direkodkan dengan lebih 8,000 guru serta lebih 8,500 Pasti yang beroperasi di seluruh negara.

“Peningkatan kemasukan murid ke pusat asuhan itu saban tahun menunjukkan penerimaan masyarakat semakin meluas. Masyarakat bukan Islam beri kepercayaan kepada Pasti. Mereka yakin apabila melihat akhlak, moral dan adab yang diajar di Pasti berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri.

“Penerimaan masyarakat dalam negara juga memberangsangkan berkat kesungguhan dan keikhlasan semua pihak dalam membantu Pasti menghadapi cabaran-cabaran untuk membangun,” katanya ketika berucap pada Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Al-Khauthar II di sini, hari ini.

Beliau yang juga Adun Batu Buruk berkata, Pasti kini melalui fasa baharu dengan penglibatan banyak pihak dalam membantu memberi idea dan pandangan untuk pembangunan Pasti.

“Di peringkat pusat kita mempunyai pakar-pakar pendidik yang terdiri daripada bekas-bekas guru, pengetua dan sebagainya untuk meningkatkan lagi prestasi Pasti berbanding sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: