X

Kindly register in order to view this article
!

Terkejut rumah kena serbu AADK

Lelaki yang ditahan AADK ketika serbuan kelmarin.
A
A

TANAH MERAH - Seorang lelaki yang sedang tekun membaiki mesin basuh terkejut selepas kediamannya diserbu pihak penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah di sini kelmarin.

Lelaki yang berusia 30-an itu pada mulanya cuba melarikan diri, namun akhirnya terpaksa menyerah diri kerana dikepung.

Dia antara empat yang ditahan dalam Ops Cegah AADK Tanah Merah di beberapa kampung termasuk Sokor, Bukit Panau, Jalan Kubur dan Jalan Klinik.

Ketua Operasi AADK Tanah Merah, Basri Manshor berkata, ops berkenaan dilalukan dalam usaha mengekang kegiatan dadah di sekitar Tanah Merah.

"Kesemua yang ditahan berumur antara 23 hingga 40 tahun dan kesemuanya positif pil kuda dan disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD) 1983.

"Kesemua ditahan reman di pusat tahanan reman AADK di Lubok Jong Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Basri berkata, melalui ops yang dijalankan itu juga ada penagih yang pernah ditahan sebelum ini dan ada juga yang sempat meloloskan diri.

"Namun kita akan terus mengadakan pemantauan dan turut mengharapkan kerjasama semua pihak dalam menangani gejala penagihan dadah," katanya.