Dokumentari khas Penang Free School diterbitkan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dokumentari khas mengenai Penang Free School (PFS) bertajuk The School That Build A Nation - The 200 Year Legacy berjaya diterbitkan hasil usaha Persatuan Bekas Pelajar Penang Free School Kuala Lumpur dan Selangor (OFAKLS).

Presiden OFAKLS, Datuk Mahyidin Mustakim berkata, dokumentari itu merupakan satu lipatan sejarah yang menerangkan mengenai jiwa, prinsip dan keberadaan PFS selama ini.

Menurutnya, penerbitan dokumentari itu bermula seawal 2016, semasa upacara sambutan ulang tahun ke-200 PFS di padang sekolah tersebut yang dihadiri lebih 5,000 bekas pelajar.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Hans Isaac kerana memberikan bantuan kewangan di bawah program khas untuk dokumentari ini.

“Antara watak-watak ditemuramah di dalam dokumentari ini adalah guru besar tempatan pertama iaitu Datuk Tan Boon Lim dan Datuk Anwar Fazal,” katanya ketika tayangan perdana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut berangkat, Penaung DiRaja OFAKLS, Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan lebih 200 bekas pelajar seawal 1957.

PFS melahirkan ramai individu terbilang dan pemimpin industri seperti Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Allahyarham Tan Sri Elyas Omar dan Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Artikel Berkaitan: