Pelantikan warga asing dalam Khazanah dipersoal

Hamidah Osman
Hamidah Osman
A
A
A

IPOH - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) meluahkan kebimbangan terhadap keperluan melantik dua individu dari negara China sebagai ahli lembaga pengarah baharu Khazanah Nasional Berhad.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, lantikan itu disifatkan tidak wajar memandangkan negara masih memiliki tenaga pakar dalam pelbagai bidang untuk dilantik ke syarikat milik kerajaan itu.

Beliau berkata, pelantikan warga asing di dalam Khazanah Nasional perlu menjadi pilihan terakhir sekiranya syarikat tersebut benar-benar memerlukannya.

"Saya amat bimbang dengan pelantikan dua individu itu kerana ia tidak pernah berlaku di dalam negara kita dengan meletakkan orang asing ke dalam syarikat yang mempunyai kepentingan kerajaan.

"Khazanah sebelum ini terbukti mempunyai rekod dan pencapaian yang cemerlang tanpa ada lantikan warganegara asing ke dalam lembaga pengarahnya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan tiga ahli lembaga pengarah Khazanah yang baharu iaitu Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara To’ Puan Azian Mohd Aziz serta Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong Profesor Xiao’ou Tang.

Selain itu Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee juga dilantik.

Dalam pada itu, Hamidah turut menyuarakan kebimbangan terhadap penjualan aset-aset negara kepada pihak luar.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, aset kerajaan sedia perlu dipertahankan dan tindakan menjual aset tersebut disifatkan sebagai tidak wajar.