Jersi Real Madrid simbolik kekuatan 117 tahun

KOLEKSI Jersi Real Madrid Utama Musim 2019/20 dilancarkan di Malaysia bermula pada bulan Jun lalu.
A
A

SEMPENA meraikan ulang tahun kelab bola sepak, Real Madrid yang ke-117 tahun, peneraju pakaian dan barangan sukan terkemuka dunia, jenama Adidas memperkenalkan koleksi jersi Real Madrid Utama Musim 2019/20 khas buat para penyokong kelab Sepanyol tersebut.

Jersi baharu itu hadir dalam rona putih Real Madrid yang ikonik dengan tambahan perincian warna emas simbolik kepada penghormatan dan dominasi kekuatan pasukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, lingkaran emas yang menghiasi pada bahagian depan, lengan dan bahu pula adalah cetusan inspirasi daripada mahkota emas yang menghiasi lambang kelab lebih satu abad.

Dari segi rekaan, Adidas memilih konsep minimalis, namun tampak gah dan eksklusif. Ia merupakan isyarat era baharu bahawa kelab bola sepak yang diasaskan sejak tahun 1902 itu sedang ‘tangkas’ memburu kemenangan demi kemenangan dalam setiap perlawanan.

Menariknya mengenai jersi Real Madrid, pakaian berkenaan bukan sahaja ideal dipakai ketika menonton perlawanan di stadium malah sesuai dijadikan pilihan ketika beriadah dan bersantai.

Ia berikutan teknologi Climalite dan material poliester yang digunakan membantu menyerap peluh.

Justeru, kepada peminat pasukan kelab bola sepak Real Madrid dan pengumpul jersi unik bagi sukan popular dunia itu jangan lepaskan peluang mendapatkan Koleksi Jersi Real Madrid Utama Musim 2019/20 yang mula dijual pada bulan Jun lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia