Cantiknya pramugari Garuda dengan Kebaya Pertiwi

A
A

JAKARTA - Koleksi kebaya ciptaan pereka fesyen, Anne Avantie yang diberi nama Kebaya Pertiwi dipilih sebagai kebaya yang akan digunakan pramugari syarikat penerbangan Garuda Indonesia.

Kebaya Pertiwi mula digunakan secara rasmi dalam penerbangan GA238 dari Jakarta ke Semarang hari ini.

Anne Avantie turut memuat naik beberapa keping foto kebaya tersebut di laman Instagramnya.

Kebaya Pertiwi diciptakan dengan warna merah jambu muda bersama kain batik berwarna coklat muda.

Ia turut disertakan dengan selendang berwarna merah jambu tua yang diikat di pinggang pramugari.

“Hari ini saya bersyukur, bangga sekali gus bahagia atas rencana akan diluncurkan Kebaya Pertiwi persembahan karya cinta Anne Avantie untuk Garuda Indonesia,” tulis Anne Avantie di laman Instagramnya. - Tempo


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia