Festival Makanan Warisan Selangor imbau tradisi

70 gerai yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan masakan warisan etnik-etnik seluruh Selangor.
70 gerai yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan masakan warisan etnik-etnik seluruh Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Festival Makanan Warisan Selangor yang dianjurkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dilihat mampu untuk mengimbau tradisi yang kita warisi.

Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, program berkenaan adalah satu langkah proaktif dalam memartabatkan warisan khususnya berhubung khazanah budaya dan bangsa kepada generasi hari ini.

"Warisan masakan dan makanan tradisi, seperti yang kita tatapi dan nikmati pada hari ini adalah salah satu cabang dari khazanah warisan berharga.

"Penganjuran ini juga mampu memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai makanan dan masakan warisan etnik-etnik di Selangor selain menarik minat masyarakat untuk bersama memelihara warisan bangsa yang menjadi kebanggaan serta mengukuhkan perpaduan antara kaum.

"Selain itu, ia mampu memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian menu masakan warisan yang semakin kurang dihasilkan dan mengetengahkan makanan warisan yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan," katanya.

70 gerai yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan masakan warisan etnik-etnik seluruh Selangor.
70 gerai yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan masakan warisan etnik-etnik seluruh Selangor.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Padat, Datuk Paiman Keromo.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, antara pengisisan dan aktiviti yang terdapat dalam program berkenaan termasuklah pertandingan memasak nasi ambeng, pertandingan membuat kuih kapit terbanyak, pertandingan memasak nasi periuk tanah, pertandingan mengacau dodol dan kelas chef cilik.

Tarikan lain yang turut terdapat sepanjang program dua hari bermula 22-23 Disember 2019 termasuklah 70 gerai yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan masakan warisan etnik-etnik seluruh Selangor.

Antaranya termasuklah, masakan Melayu, Jawa, Banjar, Rawa, Mandaling, Cina, India dan Orang Asli.

Setiap gerai jualan yang terdapat di program ini juga turut menyediakan demonstrasi memasak dan menyediakan hidangan warisan tersebut selain aktiviti merasa hidangan secara percuma.

Turut memeriahkan program adalah kehadiran beberapa selebriti tempatan termasuklah Nabila Razali, Ben Ladin, Fieya Julia dan Luqman Faiz serta beberapa deejay Suria FM iaitu Sharifah Shahirah, Fieya Iskandar dan ramai lagi.