Bapa lemas bersama anak ditemui

Zaharudin (kiri) membantu mengangkat mayat Lans Koperal Mohd Fairuz yang ditemukan pagi tadi di Jeti Nelayan Sungai Senduk, Tangkak. (gambar kecil: Mohd Fairuz)
Zaharudin (kiri) membantu mengangkat mayat Lans Koperal Mohd Fairuz yang ditemukan pagi tadi di Jeti Nelayan Sungai Senduk, Tangkak. (gambar kecil: Mohd Fairuz)
A
A
A

MUAR - Mangsa terakhir yang dikhuatiri lemas selepas hanyut bersama anaknya di Sungai Muar berhampiran bangunan milik pejabat daerah, di sini, kelmarin berjaya ditemui pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mayat Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36, itu ditemukan oleh orang awam pada jam 7.30 pagi tadi.

“Mangsa ditemui penduduk di Jeti Nelayan Sungai Senduk, Sungai Mati, Tangkak jam 7.30 pagi dan berjaya dibawa naik ke darat pada pukul 8.45 pagi.

“Kedudukan penemuan mangsa adalah 9km dari lokasi dia dilaporkan hilang. Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk bedah siasat,” katanya.

Zaharudin melihat penemuan jenazah anggota di IPD Muar, pagi tadi di Jeti Nelayan Sungai Senduk, Tangkak.
Zaharudin melihat penemuan jenazah anggota di IPD Muar, pagi tadi di Jeti Nelayan Sungai Senduk, Tangkak.

Kelmarin, seorang anggota polis dari Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh di Sungai Muar, berhampiran jeti bangunan milik pejabat daerah di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, anggota berkenaan bersama tiga anaknya berusia sembilan, tujuh dan empat tahun dilaporkan ke lokasi kejadian untuk menghantar bungkusan makanan kepada petugas di bangunan itu.

Tiga kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di sekitar kawasan berkenaan namun salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Artikel Berkaitan:

Usaha mencari dan menyelamat dilakukan sebelum mangsa pertama, Muhammad Faqih ditemui jam 2.40 petang semalam di kuala Sungai Muar berhampiran Marina Bay iaitu pada jarak 1km dari lokasi kejadian.