Mayat anak polis lemas ditemukan

Mayat Muhammad Faqih yang ditemukan lemas dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Mayat Muhammad Faqih yang ditemukan lemas dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
A
A
A

MUAR - Mayat anak lelaki anggota polis yang terjatuh di Sungai Muar, Tanjung Emas berhampiran bangunan milik Pejabat Daerah di sini ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mayat Muhammad Faqih Mohd Fairuz, 7, ditemukan pada jam 2.40 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat di kuala Sungai Muar iaitu kira-kira 1km dari dia hilang.

“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat dan usaha mencari Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim masih lagi diteruskan.

"Pencarian diteruskan dan kita lebihkan kepada ‘surface searching’ (pencarian di permukaan air) di Kuala Sungai Muar," katanya di sini hari ini.

Semalam, Mohd Fairuz yang berusia 36 tahun hilang dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh di Sungai Muar kira-kira jam 6 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lans koperal, anak hilang dikhuatiri lemas

Anggota berkenaan bersama tiga anaknya termasuk yang 9 dan 4 tahun dilaporkan ke lokasi kejadian untuk menghantar bungkusan makanan kepada petugas di situ.

Tiga kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di sekitar kawasan berkenaan namun, salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan hanyut ekoran arus deras.

Artikel Berkaitan: