Warga Myanmar didakwa kes lambung budak

Tertuduh, Hairul Amin Harul Rushid -FOTO ZAHID IZZANI
Tertuduh, Hairul Amin Harul Rushid -FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dilambung lalu terkena bilah kipas dalam satu kejadian bulan lepas.

Pertuduhan ke atas tertuduh, Hairul Amin Harul Rushid, 24, yang merupakan seorang penganggur bagaimana tidak dapat dibaca memandangkan lelaki itu tidak faham bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sehubungan itu Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi mahkamah memanggil jurubahasa Myanmar untuk menterjemahkan pertuduhan.

Hakim Norhazani Hamzah membenarkan permohonan Raihanah dan menetapkan 17 Julai untuk sebutan semula kes.

Tiada sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh.

Lelaki yang tidak berkerja itu bakal didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kanak-kanak malang itu ditimang bapa saudaranya ketika bermain namun gurauan itu berakhir tragedi selepas kepada kanak-kanak dua tahun itu terkena kipas.

Artikel Berkaitan: