Kompleks PKNS berwajah baharu

Bangunan sebelum dan selepas melalui proses penambahbaikan.
Bangunan sebelum dan selepas melalui proses penambahbaikan.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka, usia bangunan ini mencecah hampir 40 tahun.

Namun, ia tidak menjadi penghalang bangunan Kompleks PKNS Shah Alam kekal relevan dengan arus semasa.

Meskipun, pelbagai transformasi rancak dilaksanakan daripada sudut reka bentuknya, penduduk sekitar Shah Alam masih boleh mengimbau memori dan kenangan di bangunan yang wujud pada era 1980-an itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani berkata, bagi memastikan pengunjungnya selesa ketika berkunjung di situ, pihaknya melakukan beberapa penambahbaikan.

Antaranya, menaiktaraf surau dengan nama baharu iaitu Musolla Al-Kauthar, medan selera dengan nama Makan@Bumbung, menambahbaik kemudahan tandas dan penyaman udara serta bahagian luar bangunan.

Menurutnya, surau itu kini lebih selesa, cantik dan boleh memuatkan kira-kira 100 jemaah dalam satu-satu masa.

Keadaan tandas sebelum dan selepas proses penambahbaikan.
Keadaan tandas sebelum dan selepas proses penambahbaikan.

PREC turut bekerjasama dengan jawatankuasa surau Kompleks PKNS Shah Alam bagi mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti tazkirah, solat tarawih, kenduri doa selamat, tahlil dan aktiviti fardu ain yang lain.

Artikel Berkaitan:

Tidak hanya itu, pengunjung akan dapat menjamu selera dengan suasana lebih terkini yang mengikut trend di tingkat 4 kompleks ini.

“Lebih menarik pengunjung menikmati makanan sambil disajikan pemandangan aktiviti rekreasi kanak-kanak dan dewasa seperti futsal, taman permainan dan 'rock climbing'.

"Medan selera Makan@Bumbung ini akan mula beroperasi bulan Ogos ini.

“Pengubahsuaian dilakukan PREC juga turut melibatkan bahagian luar bangunan yang mengetengahkan elemen-elemen unik di sudut bangunan dengan menampakkan logo PKNS,” katanya.

Reka bentuk medan selerasebelum dan selepas tyranformasi malah diberi nama Makan@Bumbung yang mengikut trend masa kini
Reka bentuk medan selerasebelum dan selepas tyranformasi malah diberi nama Makan@Bumbung yang mengikut trend masa kini

Beliau berkata, pilihan reka bentuk dan warna dipilih menjadikan suasana persekitaran kelihatan lebih hangat dan mesra.

Grid struktur bangunan ditonjolkan untuk memberi impak lebih menarik bagi menarik minat orang ramai berkunjung ke kompleks itu.

Katanya, pihaknya sentiasa menyokong matlamat dalam menjadikan Shah Alam sebagai sebuah Kota Seni dengan menyuntik unsur kesenian dalam transformasi dilakukan.

“PREC ambil langkah proaktif memastikan semua kemudahan bangunan berada dalam keadaan baik menerusi transformasi tandas dan juga penyaman udara. Uniknya sinki diperbuat daripada tong terpakai dalam usaha menyokong aktiviti kitar semula.

“Semua ini dilakukan supaya pengguna dapat berbelanja dalam suasana nyaman, selesa dan kondusif sekaligus memberi kesan positif dari sudut ekonomi serta sektor pelancongan,” katanya.