Kementerian Kerja Raya bakal dapat peruntukan tambahan

Mohd Anuar (empat, kiri) menyerahkan sumbangan kepada penerima terpilih dalam majlis tersebut.
Mohd Anuar (empat, kiri) menyerahkan sumbangan kepada penerima terpilih dalam majlis tersebut.
A
A
A

TEMERLOH - Subkontraktor dan pemotong rumput akan kembali bernafas apabila Kementerian Kerja Raya dijangka menerima peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berkata, MOF memberikan jaminan untuk menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM610 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh negara.

“Sebelum ini khidmat ini dihentikan dan pemotongan skop dibuat atas arahan MOF. Ia bagi mendapatkan penjimatan untuk membiayai program penyelenggaraan berkala yang lebih utama demi jaminan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

"Namun setelah mengkaji secara mendalam untuk 2019 tiada keperluan mengurangkan skop penyelenggaran untuk rutin pemotongan rumput (R03) dan penyelenggaran jalan (R04) seperti pada November lalu dan Disember ini," katanya.