Pemuda maut langgar pokok

Keadaan kereta yang dipandu mangsa rosak teruk selepas melanggar pokok.
Keadaan kereta yang dipandu mangsa rosak teruk selepas melanggar pokok.
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu melanggar pokok di Kilometer 2, Jalan Bidor - Teluk Intan berhampiran Taman Megah di sini malam tadi.

Mangsa, S Satiswaran, 28, memandu Proton Saga mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut sebelum dihantar ke Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa memandu kereta menuju ke arah Bidor.

"Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok di kiri bahu jalan. Mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.

"Pada jam 10.22 malam, pemandu tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata, bedah siasat mangsa dijalankan di unit forensik hospital yang sama manakala kenderaan terlibat dihantar ke Puspakom Gopeng bagi tujuan pemeriksaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: