Hubungan kerajaan negeri dan persekutuan terus dipertingkatkan

 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melihat tudung saji yang dipamerkan pada Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Sarawak di Mydin, Petra Jaya, hari ini.
- FOTO BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melihat tudung saji yang dipamerkan pada Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Sarawak di Mydin, Petra Jaya, hari ini.
- FOTO BERNAMA
A
A
A

KUCHING - Hubungan mesra antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan terus dipertingkatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ini adalah antara perkara yang dibincangkan semasa beliau melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

"Pertemuan berlangsung dalam suasana sangat mesra. Kami mengadakan perbincangan yang mesra," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program" Santuni Rakyat "peringkat negeri di Mydin Petra Jaya di sini hari ini.

Mengenai kerjasama selanjutnya bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan dan kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS), Wan Azizah berkata beliau dapat berkomunikasi secara terus dengan Abdul Taib dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai isu itu.

Beliau berkata jaminan itu diberikan kepada beliau oleh Abdul Taib, yang juga ketua menteri Sarawak yang keempat, semasa kunjungan hormat itu.

Mengenai lawatan kerja selama sehari beliau di sini, Wan Azizah berkata ia merupakan sebahagian daripada program kementerian, khususnya untuk mendekati masyarakat arawak, dari segi menyediakan sistem sokongan dalam menangani masalah sosial di negeri ini. -Bernama

Artikel Berkaitan: