Jangan takut tubuh cawangan: Muhyiddin

Muhyiddin ketika tiba di pekarangan dewan itu sempena sambutan Rumah Terbuka Bersatu Pahang hari ini.
Muhyiddin ketika tiba di pekarangan dewan itu sempena sambutan Rumah Terbuka Bersatu Pahang hari ini.
A
A
A

JERANTUT - Parti Bersatu perlu menyelesaikan beberapa aspek termasuk perlembagaan parti sebelum pemilihan parti tersebut diadakan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, pucuk pimpinan bahagian parti itu juga perlu mewujudkan cawangan-cawangan parti terbabit.

Menurutnya, ketua bahagian diminta tidak gusar dalam menubuhkan cawangan di bahagian masing-masing.

"Saya minta pemimpin semua peringkat teruskan usaha kita, jangan bimbang, jangan takut untuk tubuh cawangan di sesetengah tempat.

"Takkan satu bahagian satu cawangan sahaja, sekurangnya-kurangya 10 cawangan, beri peluang ahli sertai Bersatu dan terlibat aktif dalam usaha-usaha dijalankan dalam menyokong kepimpinan dan memajukan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu negeri di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.

Ahli parti dan orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dan bertanyakan sesuatu terhadap Muhyiddin dalam majlis tersebut hari ini.
Ahli parti dan orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dan bertanyakan sesuatu terhadap Muhyiddin dalam majlis tersebut hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Bersatu Pahang,Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil dan pucuk pimpinan parti negeri itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, pada masa ini terdapat ramai individu yang mendaftar sebagai ahli Bersatu termasuklah melalui dalam talian dan menyerahkan borang.

Artikel Berkaitan:

"Semua kita terima, tiada setakat ini kita tolak cuma sebahagian besar tidak didaftarkan menjadi ahli cawangan di dalam bahagian," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa dijadual diadakan bulan hadapan bagi meminda beberapa perlembagaan parti.

"Kalau itu dapat diselesaikan beberapa perkara yang dicadangkan seperti cara pemilihan boleh masuk dalam perlembagan parti kita, maka selepas itu boleh mulakan pemilihan cawangan, bahagian dan tertinggi," katanya.