Tiada mangsa baharu pencemaran udara

Mohd Khuzzan Abu Bakar
Mohd Khuzzan Abu Bakar
A
A
A

PASIR GUDANG - Hanya seorang mangsa pencemaran udara yang masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas tiga mangsa lain dibenarkan keluarkan, hari ini.

Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Sehingga jam 12.00 tengah hari ini, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad. Tiga orang mangsa telah dikeluarkan dari wad.

"Mangsa yang berada di wad hanya seorang sahaja dan mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui pasukan Unit Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) masih memantau tahap kualiti udara menggunakan 'gas analyser' (gasmet).

"Pemantauan dalam radius pengesanan sejauh 7 kilometer yang melibatkan 20 buah sekolah," katanya.

Setakat ini, keadaan udara di Pasir Gudang disahkan dalam keadaan baik.

Difahamkan keputusan pembukaan atau penutupan melibatkan 111 buah sekolah akan diumumkan esok.

Artikel Berkaitan: