Bekal kad anggota palsu kepada warga asing

No Image Caption
A
A
A

JERTIH - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang disyaki membekalkan kad keanggotaan persatuan yang palsu kepada orang awam termasuk warga asing.

Presidennya, Hussin Awang berkata, tindakan individu yang membekalkan kad keanggotaan palsu kepada warga asing seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini telah memburukkan imej PBPM.

"PBPM tidak pernah mengeluarkan kad keanggotaan kepada mana-mana individu. Saya yakin ada sindiket yang melakukan aktiviti ini demi kepentingan peribadi.

"Kad keanggotaan PBPM hanya dikeluarkan di ibu pejabat kami di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Mana-mana negeri dan cawangan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkannya,” katanya.

Baru-baru ini, satu mesej tular dalam aplikasi WhatsApp berkenaan dua warga asing yang ditahan oleh polis bantuan kerana mempunyai kad keanggotaan PBPM di Johor, yang mana kad keanggotaan itu dilaporkan dibeli melalui ejen dengan harga RM9,000.

Hussin berkata masalah pengeluaran kad keanggotaan telah beberapa kali berlaku sebelum ini namun kali ini yang pertama melibatkan warga asing.

"Tahun lepas ada negeri yang mengeluarkan kad keanggotaan sendiri dan kita telah mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan: