Piala Sultan Selangor terima tajaan RM1.17 juta

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan menerima replika cek sumbangan bernilai RM579,999.99 daripada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Cek Piala Sultan Selangor (TSSC) 2019 di Istana Alam Shah hari ini. Foto: Bernama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan menerima replika cek sumbangan bernilai RM579,999.99 daripada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Cek Piala Sultan Selangor (TSSC) 2019 di Istana Alam Shah hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima penajaan bernilai RM1.17 juta untuk Piala Sultan Selangor (TSSC) 2019 yang dijadual diadakan di Stadium Shah Alam pada 24 Ogos depan.

Baginda menerima cek sumbangan itu daripada 15 syarikat termasuk Kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri dalam satu majlis minum petang di Istana Alam Shah di sini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pengerusi Piala Sultan Selangor 2018, Tan Sri Abdul Karim Munisar.

Kerajaan Selangor menerusi Perbendaharaan Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB); Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management; Worldwide Holding Berhad, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI); Splash Sdn Bhd dan Kumpulan Semesta menaja sebanyak RM579, 999.99

Tujuh lagi syarikat yang turut menghulurkan penajaan adalah Kumpulan Tanjung Balai menyumbang RM380,000; Kingsley Seeds Foundation menyumbang RM50,000, manakala Ecoworld Development Group Berhad; Nirvana Memorial Park, Aiman Platinum Sdn Bhd, Everspring Land Sdn Bhd dan Setia Awam Group masing-masing turut menaja RM50,000.

Buat kali kedua, penganjuran perlawanan bola sepak yang masuk edisi ke-18 itu diberi penajaan sebuah kereta jenis Honda City berharga RM80,000 daripada syarikat Tanjung Balai selain motosikal jenama Harley Davidson 833 Iron bernilai RM80,000 sumbangan Rasniaga Sdn Bhd untuk menjadi hadiah utama sesi cabutan bertuah.

Everspring Land Sdn Bhd turut menyumbangkan tiga hadiah cabutan bertuah berupa baucer penginapan tiga hari dua malam di Marriot Kota Kinabalu.

Abdul Karim ketika sembah ucapannya berkata, walaupun keadaan ekonomi semasa agak mencabar, namun pihaknya tetap menerima sokongan yang memberangsangkan daripada penaja untuk menjayakan penganjuran perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Malah Syarikat Tanjung Balai telah menjadi penaja enam tahun berturut-turut dan kali ini menjadi penaja utama dengan tajaan RM300,000 dan juga sebuah kereta Honda City bernilai RM80,000 untuk cabutan bertuah.

"Terima kasih kepada Menteri Besar kerana turut menyumbangkan 200 bola kepada penonton dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang bersetuju menjadikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi TSSC 2019," katanya.

Katanya, perlawanan bawah 15 tahun bagi ‘Singapore Selangor Schools Challenge Cup’ dianjurkan buat kali pertama memandangkan sambutan penyokong terutamanya daripada golongan remaja amat menggalakkan.

"Bagi peminat bola sepak yang hadir, mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menerusi pembelian tiket yang hanya berharga RM10 dan ia diharap dapat menyemarakkan lagi kehadiran penyokong untuk menonton perlawanan berkenaan," katanya.