'Ayah ada atas pokok'

Anggota AADK mengambil masa kira-kira 8 minit untuk memujuk lelaki berkenaan turun daripada pokok.
Anggota AADK mengambil masa kira-kira 8 minit untuk memujuk lelaki berkenaan turun daripada pokok.
A
A
A

YAN - Terkejut dengan kehadiran anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seorang lelaki bertindak memanjat pokok manggis untuk bersembunyi, di Kampung Perigi.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan Mohamad Farid Mohd Noor berkata, lelaki berusia 38 tahun itu sanggup meninggalkan anak perempuannya yang berusia 4 tahun di bawah pokok berkenaan.

"Kita sebenarnya tak nampak pun dia di atas pokok tapi bila sampai kat pokok tu anak dia bagi tahu ayah atas pokok.

"Pihak AADK mengambil masa kira-kira 8 minit untuk memujuk lelaki berkenaan turun daripada pokok itu," katanya.

Mereka yang ditahan dibawa ke AADK Yan.
Mereka yang ditahan dibawa ke AADK Yan.

Menurut Muhamad Farid, lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan pernah ditahan sebelum ini.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, pihak AADK Yan turut menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Kampung Perupok yang juga positif dadah jenis yang sama.

"Jumlah semua mereka yang ditahan ialah 10 orang dan kesemuanya positif dadah dan berusia lingkungan 13 hingga 40 tahun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Farid berkata, operasi berkenaan melibatkan beberapa buah lokasi seperti Kampung Perupok; Perigi; Bukit Besar; Sungai Daun; Ruat; Sedaka Tengah dan Kampung Batu 17.

"Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut," katanya.