Kerajaan tak mampu puaskan hati semua pihak

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak mampu memuaskan hati semua pihak mengenai komposisi anggota Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis sosial Amri Che Mat.

"Sesetengah orang mungkin gembira, sesetengah orang yang lain mungkin tidak gembira. Saya tidak boleh menjamin semua yang terlibat akan berpuas hati.

"Mereka akan mengkaji semua aduan dan memperbaikinya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Isteri kepada Pastor Koh, Susanna Liew dilaporkan mendakwa barisan anggota PPK itu tidak adil memandangkan tiada representasi dari Majlis Peguam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan bukan kerajaan (NGO).

Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan anggota PPK bagi menyiasat lebih lanjut kes kehilangan Pastor Koh dan Amri melibatkan enam anggota yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abd Rahim Uda. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Hakim Mahkamah Tinggi ketuai pasukan khas siasat kehilangan Raymond Koh, Amri

Artikel Berkaitan: