Lupus satu tan metrik abu al-Quran di perairan Kelantan

Mohd Nassuruddin melupuskan abu al-Quran di perairan Kelantan hari ini.
Mohd Nassuruddin melupuskan abu al-Quran di perairan Kelantan hari ini.
A
A
A

PASIR PUTEH - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) melupuskan satu tan metrik abu al-Quran di perairan Kelantan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hampir lima tan metrik abu al-Quran lama dan rosak dikumpulkan sejak awal Januari 2019.

Menurutnya, abu dilupuskan secara berperingkat dan satu tan metrik abu yang dikiubkan dilupuskan hari ini.

Nelayan membantu kerja melupuskan abu al-Quran di perairan Kelantan hari ini.
Nelayan membantu kerja melupuskan abu al-Quran di perairan Kelantan hari ini.

"Pelupusan dilakukan mengikut kaedah ditetapkan syarak sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Ulamak, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang membincangkan isu Fatwa Mengenai Garis Panduan Pembakaran Buku-buku Agama Yang Terdapat Ayat-ayat al-Quran dan Hadis.

"Ini bagi memelihara kesucian dan kemuliaan kita suci al-Quran," katanya selepas menyempurnakan Program Pelupusan Abu Al-Quran kira-kira enam batu nautika dari kuala Tok Bali hari ini.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Maik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan dan Jabatan Taman Laut Besut.

Artikel Berkaitan: