Guru, pelajar dirotan bertemu esok untuk penyelesaian

Kejadian seorang guru lelaki merotan pelajar perempuan kerana didakwa mengeluarkan perkataan biadab di sebuah di daerah Johor Bahru tular dalam media sosial.
Kejadian seorang guru lelaki merotan pelajar perempuan kerana didakwa mengeluarkan perkataan biadab di sebuah di daerah Johor Bahru tular dalam media sosial.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Keluarga pelajar dan guru yang terlibat dalam kejadian rotan baru-baru ini, akan dipertemukan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik, esok.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pertemuan tersebut turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

"Isu ini sudah hampir selesai dan semua pihak terlibat iaitu guru berkenaan, pelajar dan ibu bapanya serta PIBG sekolah telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan esok.

"Kita akan cari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang. Sekiranya boleh tidak perlu melibatkan tindakan undang-undang," katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Sistem Latihan Dual Nasional anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor, di sini hari ini.

Aminolhuda Hassan (tengah) bergambar bersama sembilan pengusaha yang terlibat dengan Program Sistem Latihan Dual Nasional anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor dalam majlis penyampaian surat tawaran program berkenaan di Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Terdahulu, kejadian seorang guru lelaki merotan lengan pelajar perempuan kerana didakwa mengeluarkan perkataan biadab di sebuah di daerah Johor Bahru tular dalam media sosial.

Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan sebelum ini mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di sebuah sekolah di Johor Bahru dan kes dalam siasatan kerana pelajar dan penjaganya telah membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan: