DBKL diminta kekalkan Kampung Sungai Penchala

Hannah ketika melawat SRA Ibnu Kathir Kampung Sungai Penchala berhubung kemudahan yang disediakan dengan peruntukan di bawah pejabat Ahli Parlimen Segambut.
Hannah ketika melawat SRA Ibnu Kathir Kampung Sungai Penchala berhubung kemudahan yang disediakan dengan peruntukan di bawah pejabat Ahli Parlimen Segambut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengekalkan Kampung Sungai Penchala sebagai kampung tradisi bagi memelihara keunikan penempatan itu di kawasan yang sedang membangun.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, beliau telah menyuarakan perkara itu kepada DBKL agar memastikan kawasan berkenaan hilang dalam arus pembangunan.

"Saya telah meminta kepada DBKL mengekalkan kampung tradisi Kampung Sungai Penchala kerana bila kita ada pemilik-pemilik tanah yang menjual lot mereka kepada pihak pemaju yang lain, pemaju akan masuk dan bina bangunan komersil yang akan menghilangkan konsep dan identiti kampung ini.

"DBKL perlu berusaha untuk pastikan ia dikekalkan kerana sukar untuk cari kampung seperti ini di kawasan Kuala Lumpur," katanya ketika melawat kemudahan-kemudahan Sekolah Rendah Agama (SRA) Ibnu Kathir yang dibina di bawah peruntukan pejabatnya, di sini.

No Image Caption

Hannah berkata, pembinaan dengan peruntukan RM30,000 itu melibatkan pengubahsuaian pejalan kaki dan penghadang dinding di bilik-bilik darjah.

“Kami berharap dengan kemudahan baharu di sekolah-sekolah dapat mewujudkan suasana seronok datang ke sekolah dalam kalangan murid-murid dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dalam suasana yang selesa,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SRA Ibnu Kathir, Saodah Tamaziz berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan bantuan daripada wakil rakyat dalam menyediakan kemudahan lebih selesa untuk murid-murid.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini kami memerlukan dewan kerana perlu membuka penghadang dinding kelas untuk dijadikan dewan. Tambahan pula ia berada di tingkat atas. Jadi kita perlu buat satu dewan bawah blok. Jika sudah ada nanti, ia juga boleh digunakan oleh penduduk setempat," katanya.