MAIJ minta semua masjid buat solat hajat

Noh (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang masih dirawat di HSI.
Noh (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang masih dirawat di HSI.
A
A
A

PASIR GUDANG - Susulan insiden pencemaran udara di sini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) meminta semua masjid di negeri ini membuat solat hajat.

Penasihatnya, Datuk Noh Gadut berkata, ia bagi mendoakan keselamatan penduduk Pasir Gudang.

"Semalam, semua masjid di negeri ini juga sudah diarahkan melakukan solat hajat. Ia bagi mendoakan keselamatan penduduk dan keadaan kembali pulih di Pasir Gudang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan ke Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini hari ini.

Pada kunjungan berkenaan, Noh bersama rombongan MAIJ turut membuat bacaan doa selamat serta zikir ratib.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md Rofiki A Shamsudin.

Noh (dua, kanan) semasa membaca doa selamat dan zikir ratib.
Noh (dua, kanan) semasa membaca doa selamat dan zikir ratib.

Selepas itu, rombongan MAIJ turut berkunjung ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, dan pelajar yang masih menerima rawatan di situ masing-masing menerima sumbangan hamper dan wang tunai RM100.

Artikel Berkaitan:

Noh berkata, sebelum ini, MAIJ telah membuat kunjungan ke HSI dan menyampaikan sumbangan RM400 kepada pelajar yang mendapat rawatan sebagai bantuan segera.

"Isnin lepas, kita (rombongan MAIJ) datang ke hospital (melawat dan memberi motivasi).

"Selepas itu, kita lihat mak bapa boleh senyum walaupun senyum dalam tangisan. Ini satu kekuatan.

"Selain bantuan wang ringgit dan barangan keperluan, motivasi amat penting bagi pesakit dan keluarga memperoleh kekuatan dalaman," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meneruskan lawatan ke HSI bagi memberi semangat kepada pesakit serta anggota keluarga.