Pembangkang Johor serah memorandum kes pencemaran udara

Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit Khas Kepada Menteri Besar Johor, Muhd Shamsuddin Paijan.
Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Sulit Khas Kepada Menteri Besar Johor, Muhd Shamsuddin Paijan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang Johor menyerahkan memorandum mengenai isu pencemaran udara Pasir Gudang kepada Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal di Kota Iskandar di sini hari ini.

Memorandum yang mewakili parti dari blok pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan diserahkan oleh Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Hasni berkata, memorandum itu diserahkan secara tegas dan sebulat suara mewakili keresahan serta kepentingan masyarakat di Parlimen Pasir Gudang secara khusus dan bangsa Johor.

"Pencemaran kali kedua dalam tempoh Mac hingga Jun tahun ini telah menimbulkan keresahan dan ketidakpuasan hati yang mendalam berhubung keprihatinan, kecekapan, cara serta pendekatan kerajaan negeri dalam menguruskan isu ini," katanya di sini hari ini.

Hasni berkata, memorandum tersebut menuntut, menggesa dan mencadangkan beberapa perkara kepada Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri.

Antara yang hadir pada sesi penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Antara yang hadir pada sesi penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

"Pertama, kerajaan negeri mesti mengambil tanggungjawab dalam kes ini akibat kegagalan menjalankan tugas serta mandatnya sekalipun selepas insiden kali pertama pada Mac lalu.

"Kedua, kerajaan negeri mesti membentangkan dengan segera pelan dan strategi pengurusan kes ini termasuklah mengeluarkan senarai pihak-pihak terlibat yang telah dikenalpasti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Hasni berkata, selain itu, kerajaan negeri mesti menubuhkan dengan segera mungkin satu pasukan khas yang lengkap dan cekap untuk mengurus, mengendali dan memantau keseluruhan kes ini.

"Exco Kerajaan negeri berkaitan mesti meletakkan jawatan serta merta atas kegagalannya memastikan isu kritikan ini bukan sahaja tidak berulang malah diselesaikan dengan berjaya," katanya.

Memorandum itu diserahkan Hasni dan diterima oleh Setiausaha Sulit Khas Kepada Menteri Besar Johor, Muhd Shamsuddin Paijan.